28 April 2011

Harapan

kamu jauh dari pandangan fizik aku
kamu masih setia dalam hati aku
susah senang masih bersama melayan waktu
masa depan terus mendesis di udara
penuhkan impian semua
aku menyokong segalanya
bisa aku membantu tak kira apa
dengan restu takdir ilahi
InsyaAllah aku ada..
biar semua berjalan mengikut aturannya.

26 April 2011

Aku masih berada disini..

Jangan engkau risau sayangku..
aku ada disini..
walau engkau jauh pergi..
aku tetap ada disini..
mengikut aturan takdir ilahi..
aku tak punya kuasa menentangNya.
aku hanya mampu berjanji..

Aku masih berada disini..
untuk kamu sayangku..

Setiap yang sudah berlaku ada hikmahnya tersendiri..
jangan biarkan raksasa celaka bermaharajalela dihati..
berpeganglah kepadaNya..
Dia maha mengetahui..

Aku masih berada disini..
Itu janji aku..

17 April 2011

Ana Bentalep or Ana B


i'm like her..
jatuh cinta barangkali.. :)
even though her song a little bit simple..
but to me..
it's still awesome and perfect..
-ANA BENTALEB-
thanks.

Sebutir cahaya

Jiwa dia
tujah ke angkasaraya
tinggalkan jasadnya di bumi yang fana..

perjalanannya itu masih beribu-batu..
penuh halangan berliku-liku

jasad yang tidak lagi ada jiwa
berjalan laju tempuhi segala
darah menitis sepanjang jalannya

jasad buta ini..
mencari sesuatu
cuma sebutir cahaya sahaja

tapi
tidak lagi temui..
dia masih mohon
dari-Nya..
tuhannya..

11 April 2011

kabus dan api

kabus gelap bergaul rancak dengan listrik api
berdentum-dentum kabus rasa dan tepis
kesian kabus..
listrik api tak jahat..
tapi dia tak paham..
dia sudah biasa..
itu gaya hidupnya..
gaya aktif listriknya..
kabus memahami listrik api..
mereka bahagia bersama..
sampai akhir kejadian mereka..

8 April 2011

Hitam dan Putih


orang yang benar-benar sayang sehingga sanggup dahulukan kegembiraan orang lain dari kegembiraan diri sendiri, pasti akan dapat kebahagian abadi.

kalau bukan sekarang.
mungkin nanti nanti..
:)


M.k

5 April 2011

Jika dan Jangan

jika aku merenung seketika..
jangan engkau kata aku bermimpi..
jika aku lelap lama..
jangan engkau kata aku mati..
jika jasad aku pegun sesaat..
jangan engkau kata aku lumpuh sendiri..

3 April 2011

Monolog dalam hati

pada teriknya mentari
dalam hiruk-pikuk manusia
aku sendiri
meniliti mentaliti makhluk durjana
yang sering datang dan pergi
aku curiga
katakan saja hatiku ini diselubungi rasa benci
aku tahu penjalanan hidupku masih jauh nun disana
aku tahu semua masalah dunia asalnya dalam diri ini
aku perlu kembali kepada-Nya.